Kayuhan paling menarik & selesa!
Aku bergerak dari rumah seawal 645 pagi. Setelah berjanji dgn Syamsul sebelumnya utk RV di Perodua Prima Saujana. Tepat Jam 7pagi aku & Syamsul memulakan kayuhan dalam kedinginan pagi kerana hujan yg turun awal pagi sebelum nya. Masuk ke H'way Sg. Long untuk terus ke H'way LEKAS dgn kayuhan warmup. Pagi tu seolah-olah hanya kami yg berada di atas Jalan.... keadaan begitu lengang dan sunyi... cukup mendamaikan!
Setelah melepasi Tol Kajang Selatan dan Interchange Semenyih kami semakin bersemangat... kayuhan antara 30-35km/j... tangan masing2 di bar bwh, dan silih berganti tarik menarik... sehinggalah kami tiba di pekan Mantin seawal jam 815 pagi...
Pekan Mantin masih lagi tidur... kata Syamsul..
Nasib baik kedai kakak yg jual sarapan tempat biasa kami singgah telah pun dibuka..
Kami masing2 loading nasi goreng... walaupun agak masin tapi kami sapu je sampai licin pinggan. Dessertnya... aku kuarkan pisang yg aku bwk... sebijik sorang.
Setelah refill botol air.. kami meneruskan kayuhan. Syamsul memutuskan untuk menambah jarak kayuhan kami memandangkan masa tu masih awal dan cuaca begitu baik. Berkali-kali aku pesan ngan Syamsul supaya ingat pesan Faizol, jgn cepat sgt puji cuaca baik... huhuhu. Tapi alhamdulillah, cuaca memang menyebelahi kami hari tu sehingga kami sampai kerumah.. redup cuma agak berangin..
Dari Mantin kami berpatah balik untuk masuk laluan pendakian Bukit Puyuh... melalui jambatan rosak dan seterusnya Pekan Lenggeng.
Berhenti sebentar untuk refill botol Syamsul di Lenggeng sebelum teruskan kayuhan yang mengasyikkan hingga ke pekan Broga..
Jam 11pagi kami tiba di Semenyih... kami berpisah di Interchange Sg Long... Syamsul terus ke Prima Saujana dan aku pula memsuki H'way Sg Long. Walaupun laluan Sg Long berbukit tapi aku lebih selesa kerana keadaan jalan yg cantik dan paling selamat berbanding dengan laluan lain.. Cuma cabarannya pagi tu, sepanjang laluan H'way Sg Long angin bertiup kencang! berat sgt rasanya untuk meneruskan kayuhan berbaki 10k tu... hikhikhik
Perrghh.... mmg betul kata Syamsul... hari yang paling menarik untuk riding.. cuaca redup dan dingin. InsyaAllah akan ada lagi hari kayuhan yang lebih menarik lepas ni..
Jarak keseluruhan kayuhan aku 88.10km dalam masa 3j 28m.
Memang syok kayuh hari tu.
ReplyDeleteZack, asyik tarik aje nasib baik boleh follow ikut draft.
Tapi kalau nak lagi syok, kita kuar lagi awal.
Dapat la breakfast awal2 pagi kat Lenggeng.
Sampai rumah kul 10, sempat lagi gi pasar tani.
cewah,...syokla
ReplyDeleteSyam...
ReplyDeleteOrait gak tu.. mmg lg awal lg best..
Tapi nk kena ramai2 sket la.. laaaaagi best
Cikgu Ida..
Meh la join kami.. Cikgu kayuh dari Lipis.. kitorang tggu kat Kajang.. kekekeke